Monday, December 3, 2012

Wedding Oh Wedding

Assalamualaikum.......

Dulu time kecik2, hujung tahun je mesti byk jemputan kawen kawan2 mama & papa. Tapi bila dah besar ni, bila hujung tahun je byk jemputan kawen kawan2 kita sendiri jugak. Huhu... 

Bila dah byk2 jemputan ni mama aku plak dah start risau2. Die kate risau sbb aku xnmpak pon ade ciri2 nak ke arah itu. Camne nk ke arah kawen2 ni kalau bf pon xde kan.. Huhu.. Mungkin sbb tu la die risau2.. Huhu.. 

Tapi aku sangat2 happy bila dpt invitation dr member2. Cume masalahnye susah sikit aku nk smpai wedding2 dorang ni. Bukan sebab ape, kebanyakan member2 aku buat wedding hari Ahad, disebabkan aku ni kerja Ahad-Khamis, tu yg susah sikit tu. Nak2 pulak ujung tahun, annual leave lak tggal ciput. Yang ciput tu pon belum tentu boleh apply. Bos aku awal2 dah sound suh carry forward balance annual leave sbb ujung tahun ni byk package nk buat yearly maintenance.. Adoi.. 

Kalau nak pergi mmg kene plan betol2.. Aku mintak maaf sgt2 kalau aku xdpt pergi wedding korang. Kalau nak diikutkan ade 4-5 majlis yang aku kene pg. Insyaallah mane yg dpt aku pg, aku akan cube pg.. Congratulations BTW. Congtaz2 byk2! 

Walau bagaimanapun, dapat jugak pergi wedding Faiz bulan lepas. Walaupon wedding die hari Sabtu, tapi tetap aku kene bergegas balik ke Kemaman ptg tu dr Bahau.. Huhu.. Boleh tahan penat jugak la...

Gadis SKP 07/11 bersame pengantin. Yang pasangan belah kiri tu la Faiz, yang belah kanan tu abang dia bersama pasangan.

Antara SKP 07/11 yang hadir... 

Selamat Pengantin Baru Faiz!

"Semoga kami dipertemukan dengan jodoh2 yang baiiik"

Gambar2 diambil dr FB Dayah Bohari... Hikhik... Amik yer cik Dayah.

So kepada member2 ASABIAN, MRSM Muar, UTM Skudai & Geowell yang akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni, Selamat menempuh alam yg baru, semoga bahagia selamanya. Maafkan saya kalau tak berkesempatan nak pg yer..

Happy kawen sume!

p/s: Ade org ingt aku betol2 dah tunang sbb entry before ni. Hikhik. Itu entry umum. Harap maklum.
Lurve It? Like It!

Sunday, December 2, 2012

An Engagement

"Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang." kredit to I Luv Islam dot Com



"Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. " - I Luv Islam dot Com

Bagi aku, sebelum bertunang, kene kenal dulu perangai masing-masing. Walaupun ada yang kata time bertunang ni la nk kenal-kenal hati budi, tapi bagi aku selagi tak kenal, selagi tak cukup paham, selagi tak betul-betul terima, jangan lah bertunang. Bila dah bertunang, tetibe tak boleh nak menerima satu-satu perangai pasangan ni susah pulak. Boleh jadi smpai putus tunang. Bila dah tunang, hubungan bukan setakat lelaki dan perempuan, tapi hubungan dengan keluarga pasangan tersebut haruslah dijaga. Sekian.



Lurve It? Like It!

Saturday, December 1, 2012

Sometime-Messenger

Kenapa mata aku tak boleh berhenti dari merenung mereka?????

Nak kata cantik giler tu takdelah, tapi vintage abis.. Cantik!

So disebabkan asyik dok bukak website Sometime je, mungkin akan masuk dlm wishlist 2013 kot.. huhuhu.. 


Cantik kan???
Lurve It? Like It!

Sunday, November 4, 2012

Al-Fatihah...

Assalamualaikum....

Bukan senang nak ungkapkan,
Bukan senang lagi nak terima,
Bukan mudah untuk lepaskan,
Bukan mudah untuk redha....
Dia lebih dulu pergi tinggalkan kita,
Tinggalkan mereka yang masih belum rela,
Berat hati nak lepaskan dia,
Tapi siapa kita untuk persoalkan ketentuanNya,
Mungkin dia lebih aman di sana,
Tapi kita takkan pernah lupa,
Ingatan terhadapnya masih kuat,
Setiap perkara akan diingat,
Walau bukan mudah untuk lepaskan,
Kita yang hidup harus teruskan,
Tapi bukan mudah......
Al- Fatihah untukmu.....

Dah 22 hari dia tinggalkan aku, tapi aku tetap rasa dia ade di sisi.. Bila ingat kat dia, hanya Al-Fatihah dan doa mampu aku kirimkan.. Aku tau aku kene terima, tapi bukan senang aku nk lupakan. Air mata takkan pernah kering kalau ingtkan dia.. Tak sangka dia dah pergi tinggalkan aku.. Setiap kali nk suap makanan, hati jadi sebak.. Dulu, kalau makan atau masak ape2, mesti akan ketuk rumah dia, bagi mknn yg aku makan.. Itu aku takkan pernah lupa.. Bila ingat makanan2 yg dia suka masak, dada aku terus sakit, sape lagi nak masakkan aku cam dia selalu buat.. Sape lagi nak masakkan bubur "pijak2", sape lagi nak masakkan lontong dan kuah kacang plg sedap pernah aku makan..Sape lagi nak buatkan sambal goreng jawa untuk aku time raya.. Siape........ Walau hati tak rela nak lepaskan, aku tau dia lagi aman di sana.. Aku akan sentiasa melawat dia.. Al-Fatihah untuk nenek aku Supaati binti Sarbini.. Semoga Nyai tenang kat sana, akk mintak maaf akak balik lambat, tak dpt tgk Nyai sebelum Nyai pergi.. Akk mintak maaf... Sayang akk kat Nyai sampai bila2.. Al- Fatihah..




Lurve It? Like It!

Monday, July 30, 2012

Wolf is Back!

Attention!



YEAY!!! Kene simpan duit by December ni.. Last Big Bad Wolf buat due kali kat KL and aku spend 500 lebih kot.. huhu... Harap2 buku2 tahun ni lg best dr tahun lepas! Wee! Tak Sabar!Lurve It? Like It!

Saturday, July 28, 2012

Ceritera Cinta Kita

Salam Ramadhan!....

Sementara tgh siapkan material utk meeting jap lg dgn bos, sempat jugak lah update sepatah due kat sini.. 

Credit to WeHeartIt

Mesti kita pon pernah berangan kan kisah cinta kita se-sweet mcm dlm drama2 Korea.. Mmg sweet habis.. Tapi betul ape, jodoh pertemuan, hidup mati ketentuan Allah SWT.. So never compare.. If tak se-sweet cam drama Korea, takpe, mmg itu jalan hidup kita kan.. Terima dgn hati terbuka k.. HikHik..

Love, E
Lurve It? Like It!

Dia Bukan Milikku.

Bila kita sukakan seseorang, dan dia bukan milk kita, satu benda yg kita selalu kene ingtkn diri kita ialah, "Dia Milik Orang Lain"... Same goes to me, when i like someone who not belong to me, i always remind myself, "Dia Milik Org Lain" so tak payah nak ngade2 msg or call or ape.. So, when i felt like to text him, i whispered to myself that he is not available and someone else's boyfriend. Daripada kita sakit hari, kecewa, so baik berundur awal2.. Walaupun bak kata Anuar Zain, "Cinta Harus Memiliki~", tapi kalau smpai mengugat hubungan orang lain, baik tak payah kan.. Pandai2 la pikir sendiri.. HuHu..

So, for the first and last time : I Like You Mister.. Tapi awak org lain punye.. Cukup la sy bgtau kat sini aje..




Lurve It? Like It!

Monday, June 25, 2012

Addiction

Assalamualaikum...

Dah berbulan bulan rasanya tak update blog ni. Sejak mula menjejak alam kerja, belum sempat nk post satu pon entry. Keinginan untuk menulis mmg ada tapi passion tu takde. Tak tau la nape.. Saya harap addiction sy terhadap penulisan blog kembali lepas ni. Blog je la tmpat plg sesuai untuk menulis, mencurah segala idea.





Love, Ellisa.Lurve It? Like It!

Sunday, February 12, 2012

From High Heel to Safety Boot

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selama 8 bulan mengangkang  menganggur dok umah, aku berjaye menjadi seorang pekerja di lapangan minyak dan gas.. Syukur sgt... Walaupon br seminggu kerja, aku dah rasa seronok kat company ni.. Sume pekerja sangat la baik dan kerja kat company ni mmg flexible dari segi masa (they all paham KL mmg jammed pepagi)...

Walaupon aku kerja KL utk 3 mggu ni, aku tetap akan pindah ke Kemaman, based sane weyh... So, selamat dtg la KSB!... Actually its like a dream come true dapat kerja kat KSB ni.. Mmg aku nak sangat2...

So, mmg byk preparations kene buat before pindah sana. Aku ada 3 mggu je masa utk cari rumah sewa, pastu aku start la survey harga2 kereta sekarang, mane tau ade rezeki lebih, boleh beli yg murah2.. And aku sibuk cari baju baru sbb dr pengalaman aku dok kemaman seminggu, memang agak susah la nk cari baju..

Mmg byk beza antara kerja ofis kat KL dengan kerja dekat Kemaman Supply Base (aku maksudkan perbezaan dlm konteks company aku ni la, company org len aku xpasti). Antara perbezaan ketara :

1. Kerja kat KL mmg setiap pagi akan meeting dgn client, tapi kat KSB 2 hari sekali je.

2. Masuk ofis kat KL kul 9 sbb KL pepagi kan jammed, tapi kat KSB kul 8 walaupon area KSB tu jammed gak tp boleh blah lg la jammed die.

3. Pakaian kerja kat ofis mmg kene formal la akan, tp kat KSB, short ngn tshirt pon lepas sbb dah sarung coverall kan. Tapi still kene pakai semi formal bile kene g meeting.

4. Last sekali, g ofis kat KL pakai high heels or sandal, tapi kat KSB mmg safety boot menjadi bff aku. Sob*





Tapi kat mane pon aku kerja, aku tetap bersyukur sebab aku dah kerja.. Good Luck kat kawan2 aku yg still mencari kerja, insyaallah rezeki anda akan tiba jua.. Amin...........Lurve It? Like It!

Wednesday, February 1, 2012

Im A Working Woman Now

Sakit perut.

Sakit kepala.

Cuak.


Sume ade..

But im glad im a working woman now..


Sambil tunggu bas sambil update..


Published with Blogger-droid v2.0.2
Lurve It? Like It!

Wednesday, January 11, 2012

Pergh, ada orang emo!

Assalamualaikum...


Disebabkan ada orang emo-emo pasal entry Unfriend You aku tu, takpe lah, aku delete. Kang jadi pape, sibuk nak call-call aku pulak kan.


Tapi kepada sesiapa yang terasa tu, aku tak letak nama kau atau nama sesiapa, so pandai-pandai la kau minum air hilangkan rasa pedas..


Ok, judge me if you want. I dont care.Lurve It? Like It!

Tuesday, January 10, 2012

IMY



Dear Friends,

I Miss You.

Regards,
Ellisa Suzrin Shamsul









Lurve It? Like It!