Assalamualaikum...
Allah s.w.t itu Maha Adil, sekejap je kesenangan dan kelebihan yang dikurniakan kepada seseorang itu boleh diambil semula olehNya apabila manusia mula lupa dan alpa, apabila manusia mula bongkak dan terleka. Jangan sesekali kita lupa padaNya, dan jangan sesekali kita halalkan yang haram.........
Banyak dah kejadian disekeliling kita yang membuktikan keesaan Allah, dah banyak kali aku saksikan keistimewaan yang diberikan hilang direntap begitu sahaja. Tapi manusia mudah lupa, bila jadi depan mata kita insaf sekejap, dalam hati, "oh, takutnya dgn hukum Allah, takut jadi seperti si dia tu, pg tadi berlagak dgn motor barunya, ptg pula accident. Mashaallah...". Tapi sampai bila perassan takut tu sentiasa di dalam hati kita? Soal hati anda.......
Bila kelebihan yang dikurniakan kepada diri sendiri diambil semula olehNya, barulah kita lebih sedar dgn keEsaannya. Allah itu Maha Adil, sampai masa, apabila kita melanggari perintahnya, hukuman pasti tiba.
Syukur syukur ke hadrat Illahi kerana diberikan sedikit petunjuk agak diri ini sentiasa ingt kepadaMu. Apabila terdengar bisikan ayat alQuran itu ditelinga pada waktu malam, Subhanallah, takutnya dgn dosa-dosa silam sgt kuat, mcm nak pecah kepala. Semoga hambamu seorang ini tidak leka lagi seperti dahulu. Syukur kerana aku sgt bertuah diberikan peluang utk memperbaiki diri dr yg sebelumnya..
Sekadar renungan bersama.....Lurve It? Like It!
0 tulis-tulis:
Post a Comment