Sunday, March 31, 2013

My Photo Charm Keychain

Yeay! Yang dinanti dah sampai!!





Yeay, dah sampai.. Sgt comel..
Thankz Crafted By Mei ....
Lurve It? Like It!

Monday, December 3, 2012

Wedding Oh Wedding

Assalamualaikum.......

Dulu time kecik2, hujung tahun je mesti byk jemputan kawen kawan2 mama & papa. Tapi bila dah besar ni, bila hujung tahun je byk jemputan kawen kawan2 kita sendiri jugak. Huhu... 

Bila dah byk2 jemputan ni mama aku plak dah start risau2. Die kate risau sbb aku xnmpak pon ade ciri2 nak ke arah itu. Camne nk ke arah kawen2 ni kalau bf pon xde kan.. Huhu.. Mungkin sbb tu la die risau2.. Huhu.. 

Tapi aku sangat2 happy bila dpt invitation dr member2. Cume masalahnye susah sikit aku nk smpai wedding2 dorang ni. Bukan sebab ape, kebanyakan member2 aku buat wedding hari Ahad, disebabkan aku ni kerja Ahad-Khamis, tu yg susah sikit tu. Nak2 pulak ujung tahun, annual leave lak tggal ciput. Yang ciput tu pon belum tentu boleh apply. Bos aku awal2 dah sound suh carry forward balance annual leave sbb ujung tahun ni byk package nk buat yearly maintenance.. Adoi.. 

Kalau nak pergi mmg kene plan betol2.. Aku mintak maaf sgt2 kalau aku xdpt pergi wedding korang. Kalau nak diikutkan ade 4-5 majlis yang aku kene pg. Insyaallah mane yg dpt aku pg, aku akan cube pg.. Congratulations BTW. Congtaz2 byk2! 

Walau bagaimanapun, dapat jugak pergi wedding Faiz bulan lepas. Walaupon wedding die hari Sabtu, tapi tetap aku kene bergegas balik ke Kemaman ptg tu dr Bahau.. Huhu.. Boleh tahan penat jugak la...

Gadis SKP 07/11 bersame pengantin. Yang pasangan belah kiri tu la Faiz, yang belah kanan tu abang dia bersama pasangan.

Antara SKP 07/11 yang hadir... 

Selamat Pengantin Baru Faiz!

"Semoga kami dipertemukan dengan jodoh2 yang baiiik"

Gambar2 diambil dr FB Dayah Bohari... Hikhik... Amik yer cik Dayah.

So kepada member2 ASABIAN, MRSM Muar, UTM Skudai & Geowell yang akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun ni, Selamat menempuh alam yg baru, semoga bahagia selamanya. Maafkan saya kalau tak berkesempatan nak pg yer..

Happy kawen sume!

p/s: Ade org ingt aku betol2 dah tunang sbb entry before ni. Hikhik. Itu entry umum. Harap maklum.
Lurve It? Like It!

Sunday, December 2, 2012

An Engagement

"Bertunang adalah salah satu tuntutan di dalam islam, ianya adalah sebagai satu permulaan kepada setiap pasangan untuk mengenali antara satu sama lain. Namun di alam era serba canggih kini, kita sering mengabaikan displin dan adab – adab semasa bertunang." kredit to I Luv Islam dot Com



"Pada hakikatnya islam menggalakkan agar tempoh pertunangan itu disingkatkan ,ianya bagi mengelakakn daripada berlakunya sebarang fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu pertungan, cuma rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekan tempoh. " - I Luv Islam dot Com

Bagi aku, sebelum bertunang, kene kenal dulu perangai masing-masing. Walaupun ada yang kata time bertunang ni la nk kenal-kenal hati budi, tapi bagi aku selagi tak kenal, selagi tak cukup paham, selagi tak betul-betul terima, jangan lah bertunang. Bila dah bertunang, tetibe tak boleh nak menerima satu-satu perangai pasangan ni susah pulak. Boleh jadi smpai putus tunang. Bila dah tunang, hubungan bukan setakat lelaki dan perempuan, tapi hubungan dengan keluarga pasangan tersebut haruslah dijaga. Sekian.



Lurve It? Like It!

Saturday, December 1, 2012

Sometime-Messenger

Kenapa mata aku tak boleh berhenti dari merenung mereka?????

Nak kata cantik giler tu takdelah, tapi vintage abis.. Cantik!

So disebabkan asyik dok bukak website Sometime je, mungkin akan masuk dlm wishlist 2013 kot.. huhuhu.. 


Cantik kan???
Lurve It? Like It!

Sunday, November 4, 2012

Al-Fatihah...

Assalamualaikum....

Bukan senang nak ungkapkan,
Bukan senang lagi nak terima,
Bukan mudah untuk lepaskan,
Bukan mudah untuk redha....
Dia lebih dulu pergi tinggalkan kita,
Tinggalkan mereka yang masih belum rela,
Berat hati nak lepaskan dia,
Tapi siapa kita untuk persoalkan ketentuanNya,
Mungkin dia lebih aman di sana,
Tapi kita takkan pernah lupa,
Ingatan terhadapnya masih kuat,
Setiap perkara akan diingat,
Walau bukan mudah untuk lepaskan,
Kita yang hidup harus teruskan,
Tapi bukan mudah......
Al- Fatihah untukmu.....

Dah 22 hari dia tinggalkan aku, tapi aku tetap rasa dia ade di sisi.. Bila ingat kat dia, hanya Al-Fatihah dan doa mampu aku kirimkan.. Aku tau aku kene terima, tapi bukan senang aku nk lupakan. Air mata takkan pernah kering kalau ingtkan dia.. Tak sangka dia dah pergi tinggalkan aku.. Setiap kali nk suap makanan, hati jadi sebak.. Dulu, kalau makan atau masak ape2, mesti akan ketuk rumah dia, bagi mknn yg aku makan.. Itu aku takkan pernah lupa.. Bila ingat makanan2 yg dia suka masak, dada aku terus sakit, sape lagi nak masakkan aku cam dia selalu buat.. Sape lagi nak masakkan bubur "pijak2", sape lagi nak masakkan lontong dan kuah kacang plg sedap pernah aku makan..Sape lagi nak buatkan sambal goreng jawa untuk aku time raya.. Siape........ Walau hati tak rela nak lepaskan, aku tau dia lagi aman di sana.. Aku akan sentiasa melawat dia.. Al-Fatihah untuk nenek aku Supaati binti Sarbini.. Semoga Nyai tenang kat sana, akk mintak maaf akak balik lambat, tak dpt tgk Nyai sebelum Nyai pergi.. Akk mintak maaf... Sayang akk kat Nyai sampai bila2.. Al- Fatihah..




Lurve It? Like It!

Monday, July 30, 2012

Wolf is Back!

Attention!



YEAY!!! Kene simpan duit by December ni.. Last Big Bad Wolf buat due kali kat KL and aku spend 500 lebih kot.. huhu... Harap2 buku2 tahun ni lg best dr tahun lepas! Wee! Tak Sabar!Lurve It? Like It!